Pages

Subscribe:

Monday 3 September 2012

Penubuhan Malaysia


Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri. 

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha. 

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Sejarah Kemerdekaan Malaysia


Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.  
Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.
Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.
Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.
Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Sambutan Hari Kemerdekaan

Khamis, 30 Ogos 2012, pihak sekolah dengan kerjasama daripada Kelab Rukun Negara telah mengadakan acara sambutan kemerdekaan yang ke-55. Sambutan ini diadakan bagi melahirkan rasa cinta dan menanam semangat patriotik dikalangan pelajar-pelajar khususnya generasi muda yang merupakan tunjang utama pembangunan negara. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi dengan tetamu jemputan Yang Dipertua PIBG Sekolah, En Ibrahim Abas sebagai perasmi acara. Majlis dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang dengan pertunjukan persembahan sajak oleh pelajar, persembahan nyanyian dan laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali oleh YDP PIBG. Majlis diakhiri dengan pengibaran jalur gemilang oleh setiap lapisan pelajar dan nyanyian lagu-lagu patriotik bagi menunjukkan sokongan dan semangat cintakan Malaysia. 





Wednesday 9 May 2012

PELANCARAN PELAJAR SKUAD : 2012

AGI HIDUP AGI MENGELABANG

Khamis, 3 Mei 2012: pihak sekolah khususnya unit peperiksaan telah mengadakan program Pelancaran Pelajar Skuad yang merupakan pelajar harapan sekolah Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Majlis tersebut bermula pada jam 7.40 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SMK Ayer Puteh sendiri. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG sendiri iaitu En. Ibrahim b. Abas. Majlis pelancaran ini telah diberikan gimik yang amat menarik setelah selesainya acara memukul gong, maka disusuli dengan belon-belon yang dijatuhkan dari atas pentas dewan. 


Seramai hampir 20 orang pelajar yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam peperiksaan sebelum ini serta sahsiah yang terpuji telah dipilih sebagai pelajar skuad. Tanggungjawab yang dipikul oleh barisan pelajar ini adalah suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya mungkin kerana besar harapan sekolah untuk melihat SMK Ayer Puteh terus maju tidak hanya dalam bidang ko-kurikulum tetapi juga dalam kurikulum apatah lagi harapan kedua ibu dan bapa.










Tuesday 10 April 2012

Johan Peringkat Negeri

Pada 1-4 April 2012, telah diadakan perkhemahan kadet kapa peringkat negeri. So perkhemahan ni di adakan di Kem Pengakap, Telaga Batin, Kuala Terengganu. Selama 4 hari berkampung di sana pelbagai aktiviti yang mencabar peserta telah disusun. Latihan selama 3 hari di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kemaman telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh para kadet. Daerah kemaman telah menghantar seramai 36 orang kadet yang terdiri dari 2 buah sekolah iaitu SMK Ayer Puteh dan SMK Sultan Sulaiman 1. Seramai 17 orang kadet dari SMK Ayer Puteh telah menyertai perkhemahan tersebut.




Perkhemahan yang disertai ini merupakan kali pertama yang disertai oleh kadet-kadet dari daerah kemaman. Jadi ini adalah pengalaman pertama buat daerah kemaman. Saat paling manis adalah apa bila pasukan pertolongan cemas telah mendapat JOHAN mengalahkan pasukan ternama seperti kuala terengganu dan besut. Jadi itu adalah amaran awal bahawa kemaman bukan sebarangan ,, hihi. yang paling gembira ialah guru penyelaras kerana penat lelah menghantar pelajar-pelajar ke sesi latihan di chukai akhirnya berbaloi. Thanks to all of you cadet.

Wednesday 28 March 2012

Latihan Perkemahan KAPA

Sempena Perkemahan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Peringkat Negeri Terengganu pada 1-4 April 2012, seramai 17 orang pelajar kadet wanita telah dihantar untuk menjalani latihan asas bagi persediaan untuk bertanding di peringkat negeri. 3 acara yang disertai oleh pelajar terbabit ialah Perawatan Awal, Kawad Bomba Kering dan Menyelamat. Latihan di adakan di pusat latihan Jabatan Pertahanan Awam, Kemaman yang diketuai oleh Puan Zuraidah (Pegawai Pertahanan Awam Daerah). Pihak sekolah yang diketuai oleh En Muhammad Yusof b. Hussain yang merupakan guru pembimbing merangkap Pegawai Teknikal KAPA, daerah Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan latihan dan pakaian yang diberikan oleh pihak JPAM Kemaman. 







Wednesday 28 December 2011

Lakukan Yang Terbest

Soal mendapat semua AAAAAAA dalam peperiksaan ataupun tidak adalah perkara kedua yang harus difikirkan sebagai seorang pelajar. Apa yang penting adalah berusaha bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik. Orang selalu kata kalau waktu kita belajar apa yang penting ialah niat tu kena lah betul. Nasihat dan harapan kedua orang tua, ibu bapa kita adalah merupakan suatu AMANAH yang sangat penting untuk kita laksanakan. Jadi tepuk dada cuba lah jawab soalan ni, tanya pada diri kita sendiri:

1.  Adakah kita melakukan yang TERBAIK  selama ini bagi mendapat markah yang terbest dalam peperiksaan ?

2.  Agak-agaknya dapat ataupun tidak kita memperbaiki lagi apa yang sudah kita lakukan selama ini ?

Pasti dalam diam ramai yang bersetuju yang mereka belum melakukan yang terbaik dan masih banyak ruang lagi bagi memperbaiki diri. Inilah masalahnya kebanyakkan pelajar. Apabila ditanya tentang cita-cita kelak, ramai yang meletakkan cita-cita yang tinggi contoh seperti menjadi doktor, pensyarah, jurutera bahkan ada pelajar yang ditanya cita-citanya ingin menjadi sainstis nuklear. Tinggi kan. Ironinya itu lah senarionya baik yang selalu dapat no-1 dalam kelas mahupun yang mendapat tempat ke 40 dalam kelas. 


Dalam kita mengejar kejayaan dalam pelajaran, kita perlu lakukan yang terbaik dengan sebaik yang mungkin. Soal mendapat kedudukan NOMBOR SATU atau pun tidak, SEMUA 'A' atau tidak, ke UNIVERSITI atau tidak adalah PERKARA KE-DUA. Pokonya yang PALING PENTING, lakukan YANG TERBAIK. Empat perkara yang perlu diingati dalam belajar adalah:

- USAHA          : 
Lakukan yang TERBAIK

- TAWAKAL   :
Hak kita untuk berusaha dan Ketentuan Allah menentukan segalanya

- DOA              : 
Usaha yang kita lakukan agar memberikan hasil yang memuaskan. 

-REDHA          :
Menerima apa sahaja dengan hati yang terbuka.  JANGAN PUTUS ASA.


Thursday 22 December 2011

Iklaskan Hati Belajar Kerana Tuhan



Topik kali ini diteruskan lagi dengan motivasi belajar. Dalam konsep belajar terdapat banyak pandangan dalam nak memahami konsep belajar ni. Pokoknya tidak sama antara mereka yang belajar kerata Tuhan dengan mereka yang belajar kerana mahukan ganjaran, anugerah dan sebagainya lagi. Macam-macam lah kan. Mereka yang belajar kerana tuhan memahami hakikat bahawa menuntut ilmu dan tidak memerlukan sesiapa bagi mengingatkannya supaya mengulangkaji pelajaran. Emak suruh, kita belajar. Apabila tidak disuruh pun kita tetap berdepan dengan buku-buku. Ayah marah, kita belajar. Ada ke ayah dalam dunia ni rotan anak dia kerana asyik belajar? ''engkau ni rimas ayah tengok, asyik belajar jeerrr.. meh sini.. zzzuuppppp .. nah ambik satu rotan kat engkau.. ada ke ayah macam tu ? kesalahan yang anak buat ialah belajar!. Tak ada rasanya kan. Jadi kenapa kita belajar? Semua ni kita lakukan adalah kerana kita sedia maklum bahawa belajar itu kerana Tuhan dan demi memartabatkan Ummat. Dengan kekuatan ilmu maka sudah pasti suatu hari nanti kita mula mampu menguasai teknologi dan ekonomi. 

Sikap malas dalam menuntut ilmu menjadi lebih kronik kerana ditunggangi oleh iblis dan syaitan. Sememangnya iblis dan syaitan ni memang dah jadi tugas mereka untuk menyesatkan, lebih-lebih lagi anak-anak adam. Orang yang beribadah disesatkan dengan amalannya. Orang yang miskin disesatkan dengan kepapaannya dan orang yang berilmu pun disesatkan dengan pengetahuannya. Tapi satu golongan sahaja yang terlepas daripada pengaruh syaitan ni. Mereka adalah golongan yang iklas. 

Mereka yang iklas belajar sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T dan mendapat keberkatan ilmu.Hati jadi tenang dan mudah mendapat keberkatan ilmu. Hati menjadi terang dan mudah faham apa yang dibaca dan diajarkan. Kerana apa? kerana otak kita apa bila mudah mengingati Allah maka mudahlah jalan apabila berhadapan dengan peperiksaan. Jadi, pasang niat.. pastikan ia betul.

Belajar Itu Ibadah



Indahnya Islam itu sehinggakan segala apa yang kita lakukan sama ada bercakap, melihat, mendengar, berjalan, berfikir dan sebagainya itu dapat dijadikan sebagai suatu ibadah. Opsss begitu juga halnya dengan makan, minum, tidur, bermain, berkawan, belajar dan bekerja semuanya merupakan suatu ibadah. Tetapi pokoknya kenapa kita masih gagal dalam pelajaran ? Study bagai nak rak kata orang tapi result yang kita dapat, amat mengecewakan. Ini kerana kita tidak menghayati erti belajar sebagai suatu ibadah dalam bentuk yang dapat membina akal dan jiwa supaya bertindak cemerlang. 

Tips penting dalam menjadikan belajar sebagai suatu ibadah adalah:

  • Niat iklas kepada Tuhan
  • Tidak melalaikan
  • Tiada unsur maksiat
  • Membawa natijah atau kesan yang baik
  • Berkeyakinan dengan masa hadapan
  • Lakukan yang terbaik !

Mudahkan? .. pokoknya kita kena tanya diri kita sendiri .. 'apa sebenarnya yang kita nak jadi 10 tahun nanti'.

Keputusan Pmr 2011


ASK



Keputusan bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun 2011 dah pun diumumkan. Para pelajar boleh menuntut slip peperiksaan masing-masing di sekolah. Suatu saat yang mendebarkan ialah menanti berapakah bilangan A yang diperoleh selama 3 tahun menuntut di sekolah. Bagi guru-guru pula saat berapa orang yang memperoleh straight A amat-amat dinantikan. Andai kata tiada ? aduhhh.. sedihnya rasa. Tapi apa nak dikata, semua tu adalah ragam kehidupan. Suatu ujian dari yang maha Pencipta. Pokoknya kita kena teruskan usaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Bahkan pelajar-pelajar sendiri pun harus sedar kerana yang menentukan kejayaan diri pelajar dan juga sekolah datangnya daripada diri pelajar sendiri seperti mana yang dikatakan oleh Dato Fadzilah Kamsah berkaitan dengan ASK (A-attitude, S-skill, K-knowledge). Pecahan daripada ASK ialah A-80%, S-10%, K-10%. Secara ringkasnya pelajar atau seseorang yang inginkan dirinya berjaya perlu mempunyai imej diri seperti seseorang yang ingin berjaya. 80& banyak tu kan?.. fikir-fikirkan.

Wednesday 21 December 2011

Selamat Datang Ke Buletin Smkap





Assalamualaikum semua....
Alhamdulliah, Setelah berpenat lelah dalam satu hari, akhirnya siap juga 'Buletin SMKAP' ni. Blog ni masih lagi terlalu baru, jadi rasanya masih terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan penambahbaikan. Facebook dah ada, Fan Page Facebook pun dah siap (tunggu nak like je), Website pun dah siap (www.smkap.net), so far rasanya dah perlu untuk diwujudkan sebuah blog yang bertindak sebagai satu buletin..ala-ala macam buletin terkini tv3 tu. Admin walau bagaimana pun lebih suka andai blog ini kelihatan santai, al maklumlah web site dengan fb rasanya dah cukup ''skema'' dah penggunaan ayat-ayat dia kan. 

Harapan admin diharapkan dengan kemunculan blog ni maka tercapailah sudah KPI seperti mana yang dirancangkan dalam Takwim bagi tahun 2012 yang mana ingin diwujudkan sebuah buletin sekolah. Oleh itu, kepada semua pelajar dan bekas pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini hiburan sensasi dari blog ni, jangan segan-segan untuk daftarkan diri sebagai ahli di ruangan ahli baru dalam kotak yang disediakan. Buat bekas pelajar SMKAP, walau kita tidak pernah  bersua muka tapi sokongan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata dari admin..

Sekian, Terima Kasih

Blogger :
Smk Ayer Puteh
24000 Jalan Air Puteh, Kemaman