Pages

Subscribe:

Wednesday 28 December 2011

Lakukan Yang Terbest

Soal mendapat semua AAAAAAA dalam peperiksaan ataupun tidak adalah perkara kedua yang harus difikirkan sebagai seorang pelajar. Apa yang penting adalah berusaha bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik. Orang selalu kata kalau waktu kita belajar apa yang penting ialah niat tu kena lah betul. Nasihat dan harapan kedua orang tua, ibu bapa kita adalah merupakan suatu AMANAH yang sangat penting untuk kita laksanakan. Jadi tepuk dada cuba lah jawab soalan ni, tanya pada diri kita sendiri:

1.  Adakah kita melakukan yang TERBAIK  selama ini bagi mendapat markah yang terbest dalam peperiksaan ?

2.  Agak-agaknya dapat ataupun tidak kita memperbaiki lagi apa yang sudah kita lakukan selama ini ?

Pasti dalam diam ramai yang bersetuju yang mereka belum melakukan yang terbaik dan masih banyak ruang lagi bagi memperbaiki diri. Inilah masalahnya kebanyakkan pelajar. Apabila ditanya tentang cita-cita kelak, ramai yang meletakkan cita-cita yang tinggi contoh seperti menjadi doktor, pensyarah, jurutera bahkan ada pelajar yang ditanya cita-citanya ingin menjadi sainstis nuklear. Tinggi kan. Ironinya itu lah senarionya baik yang selalu dapat no-1 dalam kelas mahupun yang mendapat tempat ke 40 dalam kelas. 


Dalam kita mengejar kejayaan dalam pelajaran, kita perlu lakukan yang terbaik dengan sebaik yang mungkin. Soal mendapat kedudukan NOMBOR SATU atau pun tidak, SEMUA 'A' atau tidak, ke UNIVERSITI atau tidak adalah PERKARA KE-DUA. Pokonya yang PALING PENTING, lakukan YANG TERBAIK. Empat perkara yang perlu diingati dalam belajar adalah:

- USAHA          : 
Lakukan yang TERBAIK

- TAWAKAL   :
Hak kita untuk berusaha dan Ketentuan Allah menentukan segalanya

- DOA              : 
Usaha yang kita lakukan agar memberikan hasil yang memuaskan. 

-REDHA          :
Menerima apa sahaja dengan hati yang terbuka.  JANGAN PUTUS ASA.


Thursday 22 December 2011

Iklaskan Hati Belajar Kerana Tuhan



Topik kali ini diteruskan lagi dengan motivasi belajar. Dalam konsep belajar terdapat banyak pandangan dalam nak memahami konsep belajar ni. Pokoknya tidak sama antara mereka yang belajar kerata Tuhan dengan mereka yang belajar kerana mahukan ganjaran, anugerah dan sebagainya lagi. Macam-macam lah kan. Mereka yang belajar kerana tuhan memahami hakikat bahawa menuntut ilmu dan tidak memerlukan sesiapa bagi mengingatkannya supaya mengulangkaji pelajaran. Emak suruh, kita belajar. Apabila tidak disuruh pun kita tetap berdepan dengan buku-buku. Ayah marah, kita belajar. Ada ke ayah dalam dunia ni rotan anak dia kerana asyik belajar? ''engkau ni rimas ayah tengok, asyik belajar jeerrr.. meh sini.. zzzuuppppp .. nah ambik satu rotan kat engkau.. ada ke ayah macam tu ? kesalahan yang anak buat ialah belajar!. Tak ada rasanya kan. Jadi kenapa kita belajar? Semua ni kita lakukan adalah kerana kita sedia maklum bahawa belajar itu kerana Tuhan dan demi memartabatkan Ummat. Dengan kekuatan ilmu maka sudah pasti suatu hari nanti kita mula mampu menguasai teknologi dan ekonomi. 

Sikap malas dalam menuntut ilmu menjadi lebih kronik kerana ditunggangi oleh iblis dan syaitan. Sememangnya iblis dan syaitan ni memang dah jadi tugas mereka untuk menyesatkan, lebih-lebih lagi anak-anak adam. Orang yang beribadah disesatkan dengan amalannya. Orang yang miskin disesatkan dengan kepapaannya dan orang yang berilmu pun disesatkan dengan pengetahuannya. Tapi satu golongan sahaja yang terlepas daripada pengaruh syaitan ni. Mereka adalah golongan yang iklas. 

Mereka yang iklas belajar sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T dan mendapat keberkatan ilmu.Hati jadi tenang dan mudah mendapat keberkatan ilmu. Hati menjadi terang dan mudah faham apa yang dibaca dan diajarkan. Kerana apa? kerana otak kita apa bila mudah mengingati Allah maka mudahlah jalan apabila berhadapan dengan peperiksaan. Jadi, pasang niat.. pastikan ia betul.

Belajar Itu Ibadah



Indahnya Islam itu sehinggakan segala apa yang kita lakukan sama ada bercakap, melihat, mendengar, berjalan, berfikir dan sebagainya itu dapat dijadikan sebagai suatu ibadah. Opsss begitu juga halnya dengan makan, minum, tidur, bermain, berkawan, belajar dan bekerja semuanya merupakan suatu ibadah. Tetapi pokoknya kenapa kita masih gagal dalam pelajaran ? Study bagai nak rak kata orang tapi result yang kita dapat, amat mengecewakan. Ini kerana kita tidak menghayati erti belajar sebagai suatu ibadah dalam bentuk yang dapat membina akal dan jiwa supaya bertindak cemerlang. 

Tips penting dalam menjadikan belajar sebagai suatu ibadah adalah:

  • Niat iklas kepada Tuhan
  • Tidak melalaikan
  • Tiada unsur maksiat
  • Membawa natijah atau kesan yang baik
  • Berkeyakinan dengan masa hadapan
  • Lakukan yang terbaik !

Mudahkan? .. pokoknya kita kena tanya diri kita sendiri .. 'apa sebenarnya yang kita nak jadi 10 tahun nanti'.

Keputusan Pmr 2011


ASK



Keputusan bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun 2011 dah pun diumumkan. Para pelajar boleh menuntut slip peperiksaan masing-masing di sekolah. Suatu saat yang mendebarkan ialah menanti berapakah bilangan A yang diperoleh selama 3 tahun menuntut di sekolah. Bagi guru-guru pula saat berapa orang yang memperoleh straight A amat-amat dinantikan. Andai kata tiada ? aduhhh.. sedihnya rasa. Tapi apa nak dikata, semua tu adalah ragam kehidupan. Suatu ujian dari yang maha Pencipta. Pokoknya kita kena teruskan usaha untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Bahkan pelajar-pelajar sendiri pun harus sedar kerana yang menentukan kejayaan diri pelajar dan juga sekolah datangnya daripada diri pelajar sendiri seperti mana yang dikatakan oleh Dato Fadzilah Kamsah berkaitan dengan ASK (A-attitude, S-skill, K-knowledge). Pecahan daripada ASK ialah A-80%, S-10%, K-10%. Secara ringkasnya pelajar atau seseorang yang inginkan dirinya berjaya perlu mempunyai imej diri seperti seseorang yang ingin berjaya. 80& banyak tu kan?.. fikir-fikirkan.

Wednesday 21 December 2011

Selamat Datang Ke Buletin Smkap





Assalamualaikum semua....
Alhamdulliah, Setelah berpenat lelah dalam satu hari, akhirnya siap juga 'Buletin SMKAP' ni. Blog ni masih lagi terlalu baru, jadi rasanya masih terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan penambahbaikan. Facebook dah ada, Fan Page Facebook pun dah siap (tunggu nak like je), Website pun dah siap (www.smkap.net), so far rasanya dah perlu untuk diwujudkan sebuah blog yang bertindak sebagai satu buletin..ala-ala macam buletin terkini tv3 tu. Admin walau bagaimana pun lebih suka andai blog ini kelihatan santai, al maklumlah web site dengan fb rasanya dah cukup ''skema'' dah penggunaan ayat-ayat dia kan. 

Harapan admin diharapkan dengan kemunculan blog ni maka tercapailah sudah KPI seperti mana yang dirancangkan dalam Takwim bagi tahun 2012 yang mana ingin diwujudkan sebuah buletin sekolah. Oleh itu, kepada semua pelajar dan bekas pelajar atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini hiburan sensasi dari blog ni, jangan segan-segan untuk daftarkan diri sebagai ahli di ruangan ahli baru dalam kotak yang disediakan. Buat bekas pelajar SMKAP, walau kita tidak pernah  bersua muka tapi sokongan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata dari admin..

Sekian, Terima Kasih

Blogger :
Smk Ayer Puteh
24000 Jalan Air Puteh, Kemaman